Wednesday, 12 December 2012

Bosan.

Angin bertiup kencang, daun berterbangan di awangan.
Sambil melihat mentari perlahan-lahan memancar setiap sudut penjuru dunia.
Suasana sunyi diisi dengan bunyi gelombang ombak yang berderas alurnya.
Buih-buih laut yang melandai pantai,
Mula menutupi segala jendela yang ternganga luas.
Diiringi burung berkicauan di angkasa
Hati membisik pilu, dimana pujangga saya?

Segala coretan dipadam dengan pantasnya,
Debu yang berterbangan menyampaikan salam satu memori lama,
Terimbas segala kenangan yang menghantui berkurun lamanya,
Air mata pun perlahan membasahi pipi tanpa sengaja.
Bibir pun mula mengalunkan caci makian dengan merdunya.
Peristiwa hitam mahupun putih pun terpampang di fikiran kusut gadis tanpa nama.


Perut sudah rancak bergendang, jom makan?



No comments:

Post a Comment